Sebelum datang ke Jerman, kena pergi kursus BTN dulu. Teringat seorang fasilitator bergelar Dr. cakap begini... "Kamu ni mintak Jerman mesti nak bawak balik Mercedes". Lembut-lembut aku pun tanpa segan silu aku pun menjawab balik pada Dr. tu seperti ini..."Saya bukannya materialistik!". Kurang ajar atau tidak akupun tak tahu dengan jawapan balas aku sebegitu.
Hanya beberapa bulan aku di Jerman, aku sudah miliki Merc lelong dengan harga €10. Dengannya, senang sikit nak ke fakulti. Kalau ke IKEA pun dengan Merc ini jugaklah. Beli meja dan segala benda dari IKEA semuanya angkut pakai Merc. Suamiku pula lebih selesa dengan BMWnya yang diperoleh dengan harga €20. Biasanya dia akan membawa Danish bersama. Waktu kami satu-satunya keluarga Melayu di Freiburg, ke mana-mana kami pergi, kami selesa dengan Merc dan BMW ini. Hatta nak pindah dari rumah sewa yang pertama ke rumah sewa yang kami tinggal sekarang, dengan Merc dan BMW inilah kami mengangkut barang-barang tanpa bantuan dari sesiapa pun. Cuma, waktu mula-mula sampai sahaja Saudara Ashraf dan Saudara Jhotiar banyak membantu. Terlalu banyak kenangan dan jasa Merc dan BMW ini.
| Merc asal berwarna merah (ada dalam stor). Merc warna dark gray ini pemilik asalnya ialah Aida. Sudah diubahsuai supaya Zahra boleh duduk di belakangnya. BMW warna biru tu milik Ezma. |
5 comments:
cantik merc n bmw korang ni...
hehehe...ni puji ke perli ni?
tergelak besar bila Maryam baca!hehe..cute
dah ada blog. nice!!
tlg bwk balik 1 utk familiy matjoe n shiba
Matjoe : blog ni dah lama. thn 2008. tp x reti nak tulih apa. bc Matjoe punya blog lg best....very informative!
Post a Comment