Wednesday, December 29, 2010

...in Freiburg (Bhgn 3) : Merc dan BMW

Sebelum datang ke Jerman, kena pergi kursus BTN dulu. Teringat seorang fasilitator bergelar Dr. cakap begini... "Kamu ni mintak Jerman mesti nak bawak balik Mercedes". Lembut-lembut aku pun tanpa segan silu aku pun menjawab balik pada Dr. tu seperti ini..."Saya bukannya materialistik!". Kurang ajar atau tidak akupun tak tahu dengan jawapan balas aku sebegitu.

Hanya beberapa bulan aku di Jerman, aku sudah miliki Merc lelong dengan harga €10. Dengannya, senang sikit nak ke fakulti. Kalau ke IKEA pun dengan Merc ini jugaklah. Beli meja dan segala benda dari IKEA semuanya angkut pakai Merc. Suamiku pula lebih selesa dengan BMWnya yang diperoleh dengan harga €20. Biasanya dia akan membawa Danish bersama. Waktu kami satu-satunya keluarga Melayu di Freiburg, ke mana-mana kami pergi, kami selesa dengan Merc dan BMW ini. Hatta nak pindah dari rumah sewa yang pertama ke rumah sewa yang kami tinggal sekarang, dengan Merc dan BMW inilah kami mengangkut barang-barang tanpa bantuan dari sesiapa pun. Cuma, waktu mula-mula sampai sahaja Saudara Ashraf dan Saudara Jhotiar banyak membantu. Terlalu banyak kenangan dan jasa Merc dan BMW ini.

Merc asal berwarna merah (ada dalam stor). Merc warna dark gray ini pemilik asalnya ialah Aida. Sudah diubahsuai supaya Zahra boleh duduk di belakangnya. BMW warna biru tu milik Ezma.

Friday, December 24, 2010

...in Freiburg (Bhgn 2) : Sankt Nikolaus

"Santa Claus tak pernah datang rumah kitorang sejak duduk di sini". Itu yang Ezma cakap beberapa hari lepas. Tup-tup petang tadi ada bunyi loceng luar pintu rumah. Jadi, cepat-cepat suruh Danish bukak pintu. Muncul Nikolaus (panggilan di Jerman) depan pintu dan mengucapkan Fröhliche Weihnachten kat kitorang. Dia tau ke tidak kitorang ni Muslim entahlah. Lepas tu Nikolaus tu nyanyikan lagu Merry Christmas. Dia bagi Danish dan Zahra sorang satu coklat. Kecik ajer. Tapi tak kisahlah...yang penting ada juga kenangan Nikolaus datang rumah. 

Danish dan Nikolaus

Kalau tengok rupa macam muda lagi Nikolaus ni

Wednesday, December 22, 2010

...in Freiburg (Bhgn 1) : Kisah Nenek Tua dan Merpati

Kisah ini berlaku minggu lepas ketika kami keluar ke bandar Freiburg. Kami melalui pasar tani di hadapan Munsterplatz, Freiburg untuk ke Migros. Dalam perjalanan, ternampak seorang nenek tua sedang memberi makan kepada burung-burung merpati. Maka berkerumunlah sekumpulan merpati menikmati rezeki pada pagi tersebut. Tentunya Zahra dan Danish sangat teruja melihat banyaknya merpati di situ. Kami berhenti betul-betul di hadapan si nenek yang sedang memberi makan kepada burung-burung itu.


Begitu asyik kami melihat nenek tua yang tidak lokek berkongsi rezeki dengan makhluk Allah yang comel ini sedang insan-insan yang lain sibuk dengan urusan jual-beli di pasar tersebut. Tiba-tiba, berjalan seorang kanak-kanak lelaki bersama dengan bapanya. Kanak-kanak tersebut menerkam ke arah burung-burung yang sedang makan itu. Maka beterbanganlah burung-burung tersebut. Apalagi, bukan main marahnya nenek tua ni pada budak tu. Mungkin ini adalah apa yang nenek itu ucapkan:- "Woiii...budak! tak nampak ke burung ni tengah makan!". Si bapa tersenyum mungkin senyum malu sebab ramai yang mendengar nenek tersebut memarahi anaknya. Dia dan anaknya pun cepat-cepat beredar dari situ. Kemudian, datang pula kanak-kanak yang lain mengulangi perbuatan yang sama dan mengundang kemarahan nenek tua itu lagi.


Baru sahaja melepaskan kemarahannya kepada dua orang kanak-kanak kecil, kali ini seorang lelaki dewasa pula lalu ditengah-tengah burung-burung tersebut. Tidak kira orang muda atau orang tua, nenek tersebut naik angin dengan sikap manusia yang tidak tahu menghormati burung-burung tersebut. Maka sekali lagi dia melepaskan kemarahannya dengan menjerit ke arah lelaki dewasa itu.  Mendengar nenek tua itu berkata sesuatu padanya, maka lelaki itu kembali semula ke arah nenek itu dan bercakap sesuatu. Sempat juga Ezma mengambil beberapa keping gambar nenek tersebut. Agaknya apa pula isi pertengkaran nenek ini dengan lelaki ini.


Kami kemudian beredar ke Migros ketika mereka masih lagi bercakap-cakap di situ. Bila toleh ke belakang, rupanya ramai manusia lain yang menyaksikan gelagat si nenek ini sambil tersenyum. ;)