Tuesday, March 1, 2011

Danish oh Danish...

Nama penuhnya Muhammad Zaim Danish bin Ezmahamrul Afreen.
Usianya sekarang hampir 4 tahun 7 bulan. Dalam 4 tahun 7 bulan ni,
banyak kisah hidup tentangnya nak diceritakan.

Sebulan yang pertama selepas kelahirannya, jam 3-6 pagi waktu dia menangis.
Opah di Kuala Kangsar yang berjaga sehingga ke pagi memujuk dan mendodoikannya tp itulah masa dia menangis. Jarang benar dapat hentikan tangisannya sebelum jam 6 pagi tersebut. Setelah sebulan, kami bawanya ke Terengganu sempena majlis konvokesyen mamanya utk terima sijil M.Sc. Pulang dari Terengganu, dia tidak lagi menangis waktu tersebut. Bertukar pula di siang hari. Danish...oh..Danish......

Habis tempoh cuti bersalin, kami pulang semula ke Terengganu. Agak mencabar sebab mak tak de. Danish tetap suka menangis. Tangisannya, membuatkan jiran-jiran tidak senang duduk. Beberapa jiran yang prihatin datang ke rumah pada waktu malam bertanyakan hal Danish.  Danish...oh..Danish......

Banyak lagi cerita Danish yang menguji ketabahan mama dan papanya. Sampai sekarang...tapi pagi tadi (01.03.2011), ada berita gembira dari cikgunya. Kata Frau Graner, "Saya dan Anna sungguh terkejut dengan perkembangan Danish. Dia mula bercakap dengan kami dan dia bercakap dalam bahasa Jerman dengan baik sekali. Begitu juga dengan kawan-kawannya." Wahhh...walaupun ianya perkara kecil untuk ibubapa lain, tapi bagi mama, ia cukup besar maknanya. Bkn sbb Danish boleh bercakap dlm bhs Jerman tp sebab Danish dah lakukan perubahan dalam hidup Danish iaitu yakin dgn diri sendiri.